Ep 1 : Gender dan Seks #GirlsTalk

October 02, 2021



Assalamualaikum dan hello!

Kita akan mulakan siri  #GirlsTalk dengan episod pertama iaitu tentang Gender dan Seks.

Korang perasan tak, ramai sangat zaman sekarang tak faham apa sebenarnya apa maksud gender dan seks/jantina.

Apa pula Gender stereotypes?

Contohnya, kenapa orang cakap lelaki tak boleh menangis? sebab lelaki kena tunjuk yang diorang ni kuat dan kalau untuk perempuan pula, kena lemah lembut sifatnya.

ini adalah contoh Gender streotaip yang dicipta oleh masyarakat. 

Benda ni lah yang membuatkan kita fikir yang lelaki dan perempuan kena ada certain sifat-sifat yang hanya boleh ada pada jantina mereka sahaja.

This is wrong.

lelaki boleh menangis dan perempuan tak semestinya lemah lembut.

Apa yang Sya nak cerita sebenarnya ni? 

we're influenced so much because of the stereotypes that society made on how to act or do something and it changed our perspectives on how we see men and women.

Apa perbezaan Gender dan Seks?

Gender ialah streotaip yang diberikan oleh masyarakat dan boleh berubah mengikut zaman. Tanggapan gender biasanya mengikut jantina seseorang dan diberikan oleh masyarakat. Ramai disini masih keliru dan salah dimana mereka fikir gender itu adalah sama dengan jantina tetapi tidak. Jantina ialah seks kita iaitu sama ada lelaki atau perempuan. 

contohnya, cara berpakaian, sikap dan tingkah laku seperti yang sya cerita dia atas.

Apa itu seks?

Seks/Jantina ialah perbezaan biologi di antara lelaki dan wanita dari segi struktur tulang, kromosom, hormon, alat kelamin dan sebagainya.

Contohnya, hanya wanita yang boleh melahirkan dan menyusukan anak. 

isu dia pada zaman sekarang, impak gender stereotaip ini banyak ke arah buruk yang boleh menyebabkan keyakinan seseorang menurun kerana meletakkan seseorang dia bawah sesuatu persepsi yang kita fikirkan. Stereotaip  dapat menyebabkan seseorang menjalani kehidupan yang didorong oleh kebencian, dan boleh menyebabkan mangsa-mangsa stereotaip itu didorong oleh rasa takut.

Bahkan, gender streotaip ini telah menjadi norma dalam masyarakat sejak kanak-kanak lagi seperti lelaki tidak boleh menyukai warna pink kerana ianya adalah warna bersifat feminim dan kanak-kanak perempuan hanya boleh bermain dengan anak patung ketika kecil.

Realitinya, Sya rasa semua orang pernah berdepan dengan situasi gender streotype ni, mungkin kita tidak sedar yang perkataan dan perbuatan yang dilakukan merupakan gender stereotaip yang mungkin pernah meyakiti perasaan orang lain. huwaaaaa.

Sya pernah lalui sendiri, dan pernah lihat dan dengar cerita daripada ramai kawan-kawan yang penat hadap benda ni sampai gender streotaip ni dah biasa dalam keluarga pun. Contohnya, yang ramai adik beradik tapi hanya si kakak yang kena buat semua kerja rumah seperti memasak,mengemas,lipat baju, iron baju, yang si adik beradik lelaki? tak buat apa-apa macam raja di rumah. bila disuruh tolong, katanya "kerja perempuan" it is what the teenagers are faced now. and the parents? had the same mentality. 

An article about gender stereotypes > How Gender Stereotypes Kills a Woman

Untuk pemahaman yang lebih baik, Sya akan kongsi beberapa video mengenai topik ini, jom kita tengok sama-sama!

Make sure tengok untuk lebih faham ya! 




Sya harap perkongsian harini bermanfaat untuk semua! Sya dengan terbuka hati untuk terima teguran dan discussion/pendapat rakan-rakan blogger di ruangan komen!

Let's educate ourselves and be a better person/friend/sister/brother/parent in the future.

question: have you ever encountered any gender stereotypes? Just comment down below and lets begin our discussions! Sya pun nak tahu berapa ramai orang yang pernah kena? adakah perempuan sahaja yang selalu kena gender stereotaip ni?

QOTD : Now semua dah faham perbezaan gender dan seks yang selalu orang salah faham?

There is no limit to what we, as women can accomplish

Sincerely, 

Syasya♡


You Might Also Like

6 comments

  1. Hi, btw I baru tahu ada maksud berbeza bagi Gender dan Seks.
    Gender ini lebih kepada bagaimana masyarakt menggambarkan Perempuan, Lelaki, Transgender dan sebagainya.

    Setuju masyarakat telah meletakkan kayu ukur untuk setiap golongan ini, Lelaki dan Perempuan, mahupun sesuatu perkara seperti suami dan isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! yeay im so glad that we can learnt new thing here! yes thats true, lagi2 bila suami isteri pun ada stereotype yang masyarakat expect :(

      Delete
  2. Nice sharing.. ramai yg confuse dan tak tahu sgt bab ni. Ingat meaning sama. Kadang2 tgk pakaian pun dh boleh tahu perangai seseorang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii thank you! betul tu, ramai yang mungkin salah faham antara definisi gender dan seks ni..sya harap post ni boleh bagi manfaat kepada semua hehe..

      Delete
  3. Baru tahu perbezaan gender dengan sex pastu bila baca ni baru perasan yang gender stereotype ni boleh affect even in kids especially kalau parents tak diberikan kesedaran benda macam ni. Hope these knowledge will be instilled into more peoples!

    ReplyDelete
    Replies
    1. very true! and thats why its important to not misunderstood the difference between these two :( hope this sharing helps dan kita boleeeh educate orang lain juga hihi

      Delete